Groundwater PRODUCTION WELL & WATER Quality Monitoring

FAKTA PENTING BERKAITAN PENGGUNAAN AIR TANAH DI MALAYSIA 

FAKTA 1

Krisis air yang melanda Malaysia menyedarkan banyak pihak perlunya mencari sumber air baru yang mampu bertahan walau dalam apa keadaan sekalipun. Krisis air ini membuka minda dan ramai mula berfikir untuk mengekstrak air tanah sebagai sumber air alternatif.

Premis anda perlu mempertimbangkan mewujudkan bekalan air sokongan jika krisis air melanda.

[FAKTOR BEKALAN AIR SOKONGAN]


FAKTA 2

Penggunaan air tanah telah lama wujud seperti di Kelantan, Terengganu dan Pahang dan melibatkan kawasan-kawasan perindustrian, kawasan percutian, sekolah, rumah ibadat, ladang-ladang dan sebagainya.

Jabatan kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Bekalan Air (JBA) dan Jabatan Parit dan Saliran (JPS) telah lama memanipulasikan sumber air percuma ini.

(Sumber air tanah terawat bagi kegunaan pihak kerajaan)

Sektor swasta juga tidak terkecuali dan sebahagian dari syarikat-syarikat besar di Selangor seperti kilang-kilang di kawasan Shah Alam, Klang dan Bangi telah lama menggunakannya.

(Sumber air tanah terawat dapat menjimatkan bil air bulanan pihak swasta)

Terdapat juga institusi pendidikan di negara ini yang telah memanipulasi sumber air tanah sama ada untuk keperluan seharian, pertanian, penternakan dan sebagainya.

(Sumber air tanah terawat bagi kegunaan institusi pendidikan.

Memanipulasi sumber air tanah perlu dipertimbangkan sebagai salah satu cara berjimat.

[FAKTOR PENJIMATAN BIL AIR]

WATERCENTRE - FAKTOR PENJIMATAN JIKA MENGGUNAKAN SUMBER AIR TANAH

PULANGAN PADA PELABURAN – SUMBER AIR TANAH

Untuk mengetahui tempoh pulangan pelaburan beberapa andaian awal dibuat dan diantaranya ialah:-

❶   Kadar luahan air ialah 8m3/jam (8,000 liter/jam).

❷   Harga air mentah terawat bernilai RM 2.28/m3 (contoh di Selangor) dan kos sebanyak RM0.35/m3.

❸   Kos penggerudian seunit telaga adalah +/-RM115,000.00

❹   Kos EFS-10 (Unit Rawatan Air Mudahalih) adalah RM210,000.00/unit.

❺   Kos lain yang berkaitan ditetapkan pada kos RM10,000.00/telaga.

Jika andaian di atas dijadikan asas, WATERCENTRE (dari sumber air tanah) akan mula memberikan pulangan balik modal selepas beroperasi selama 29 bulan. WATERCENTRE menggunakan air permukaan sebagai sumber air mentah pula akan memberikan pulangan balik modal lebih awal (<29 bulan) kerana tiada kos untuk kerja penggerudian.

Kadar pulangan balik pelaburan akan menjadi singkat jika;

❶    Telaga memberikan kapasiti air yang lebih tinggi dari 8m3/jam.

❷    Kualiti air air mentah sangat baik dan memerlukan rawatan yang minimum.

❸    Kadar luahan air yang tinggi dengan kualiti air yang baik. 

        WATERCENTRE memerlukan telaga yang sedikit dan rawatan minimum.

ANGGARAN PENJIMATAN DAN KOS OPERASI BERDASARKAN BIL AIR BULANAN PREMIS 

HARGA AIR TERAWAT (SELANGOR) BERBANDING AIR DARI SUMBER AIR TANAH