rbi wATER TREATMENT
Cadangan menggunakan Unit Portable EF serta penubuhan WaterCENTRE bertujuan berfungsi sebagai BEKALAN AIR SOKONGAN dan FAKTOR PENJIMATAN.
Ia merujuk kepada;
① FAKTOR BEKALAN AIR SOKONGAN
Semasa terjadinya gangguan air bersih (ia kerap terjadi) dan semasa catuan bekalan air Unit Portable EF dan WaterCENTRE boleh bertindak sebagai pusat menghasilkan air bersih bagi kegunaan permis.
② AIR BERSIH TERAWAT
WaterCENTRE yang dibina mempunyai sistem rawatan air yang padu. Kesemua komponen penting merawat elemen air diletakkan di dalam pusat ini. Sistem lengkap ini dapat memastikan sebarang elemen/parameter yang pada awalnya tiada dalam air tanah/air permukaan tetapi mungkin wujud kemudiannya dapat ditapis keluar. Dengan pendekatan sebegini maka sebarang perubahan kualiti pada air mentah tidak menjejaskan hasilan air yang dirawat.
③ UJIAN SAMPEL AIR TERAWAT
Disebabkan kesemua komponen utama rawatan air wujud di dalam sistem yang dicadangkan maka kualiti air yang dihasilkan adalah lebih baik dari Standard Air Minuman di Malaysia. Ini bermaksud sistem mematuhi keperluan KKM untuk sumber air minuman.
④ MEMAKSIMUMKAN KEPATUHAN PADA KUALITI
WaterCENTRE yang dicadangkan kepada anda akan mempunyai 3 sistem penghapus bakteria. Ia melibatkan proses membunuh bakteria menggunakan sinar UV, tapisan 0.5 mikron dan sistem suntikan klorin (jika diperlukan). Kombinasi rawatan ini akan dapat memastikan kebimbangan anda dan pihak lain kepada isu bakteria dalam air tanah terawat dapat dihapuskan.
⑤ WaterCENTRE SEBAGAI FAKTOR PENJIMATAN
Tempoh pulangan pelaburan akan menjadi lebih panjang jika WaterCENTRE menggunakan Sistem Rawatan Air Lengkap berbanding sistem kebiasaan yang kami perkenalkan kepada kilang-kilang yang hanya merawat khusus kepada elemen-elemen yang dikesan wujud dalam air tanah.
⑥ KOMPONEN DALAMAN WaterCENTRE
Komponen dalaman WaterCENTRE mempunyai sistem yang lengkap. Akan tetapi komponen dalaman akan diubahsuai mengikut kualiti air tanah. Ia dimuktamadkan berdasarkan kepada persetujuan kos projek dan keperluan premis/kilang anda.
SISTEM RAWATAN AIR LENGKAP BERMULA DARI SUMBER AIR MENTAH DAN BERAKHIR DENGAN AIR YANG TELAH DIRAWAT
KUALITI AIR TANAH vs STANDARD AIR MENTAH/MINUMAN MALAYSIA
Air tanah, bolehkah ianya diminum tanpa dirawat/dengan rawatan minimum?
Berdasarkan pengalaman yang lepas, terdapat beberapa jenis aquifer utama di kawasan Pantai Timur dan Barat Semenanjung Malaysia. Sebahagian besar dari punca air tanah yang digunakan oleh kebanyakan sektor kerajaan dan syarikat swasta di Semenanjung Malaysia adalah dari;
① Lapisan akuifer sedimen; dan
② Zon retakan batuan di dalam batuan granit dan meta-sedimen.
Dari analisa air tanah yang pernah dijalankan, satu perbandingan dari segi kualiti di antara air tanah dengan Piawai Air Mentah dan Minuman Malaysia telah dibuat. Contoh perbezaan ini ditunjukkan pada jadual di bawah.
Berdasarkan jadual-jadual ini, perbandingan di antara sumber air tanah dari batuan granit dengan Piawaian Air Mentah dan Minuman Malaysia jelas menunjukkan bahawa air tanah dari batuan ini jauh lebih baik dari Piawaian Air Mentah dan lebih baik dari Piawaian Air Minum.
JADUAL PERBANDINGAN KUALITI AIR TANAH DARI BATUAN METASEDIMEN
JADUAL PERBANDINGAN KUALITI AIR TANAH DARI BATUAN GRANIT
Kesimpulan yang boleh dibuat adalah
Air tanah SESUAI DIMINUM tanpa rawatan atau dengan rawatan minimum
Apakah EFSystem dan RBI WaterCENTRE?