rbi wATER centre

Cadangan pembinaan WaterCENTRE di Malaysia.


Terdapat 2 jenis WaterCENTRE yang boleh didirikan iaitu;

1. WaterCENTRE menggunakan air tanah sebagai sumber air mentah (telaga air tanah dibina di kawasan berkenaan). Saiz dan kapasiti luahan air boleh ditingkatkan mengikut keperluan.

2. WaterCENTRE menggunakan air permukaan sebagai sumber air mentah (tasik, kolam atau sungai di pam masuk ke WaterCENTRE sebagai sumber air mentah)

FAKTOR YANG BOLEH MENGGANGGU BEKALAN AIR SEMASA PERMIS ANDA 

Berdasarkan rajah di atas  jika terjadinya pencemaran sungai atau musim kemarau yang panjang maka catuan bekalan air mungkin terjadi. Catuan seperti ini boleh menjejaskan operasi permis anda. WATERCENTRE perlu di permis anda sebagai bekalan air sokongan.

PUSAT RAWATAN AIR - WaterCENTRE WC20

PUSAT RAWATAN AIR - WaterCENTRE WC60

KELEBIHAN UNIT RAWATAN AIR EF20 DAN

PUSAT RAWATAN AIR WaterCENTRE WC20 & WaterCENTRE WC60


WATERCENTRE - BEKALAN AIR SOKONGAN DAN FAKTOR PENJIMATAN

FAKTOR BEKALAN AIR SOKONGAN

Dengan WATERCENTRE permis anda akan punyai penyelesaian jangka panjang jika terjadinya catuan/terputusnya bekalan air semasa.

Air WATERCENTRE mematuhi Standard Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

FAKTOR PENJIMATAN

Dengan kos operasi WATERCENTRE +/- RM0.35/m3 berbanding harga air semasa RM2.28/m3 (di Selangor) maka terdapat penjimatan sebanyak RM2.00 bagi setiap meter padu.

BEKALAN AIR SOKONGAN

GANGGUAN BEKALAN AIR SEMASA PERMIS/KILANG

Berdasarkan kepada Rajah 3, jika terjadinya pencemaran sungai atau musim kemarau yang panjang maka catuan bekalan air mungkin terjadi. Catuan seperti ini boleh menjejaskan operasi permis anda.. WATERCENTRE perlu di permis anda sebagai bekalan air sokongan

RASIONAL WATERCENTRE SEBAGAI BEKALAN AIR SOKONGAN

Konsep bantuan air semasa boleh diringkaskan kepada 2 jenis iaitu, Bekalan air sokongan TIDAK KEKAL untuk premis dan Bekalan air sokongan KEKAL untuk premis.

 

CONTOH BEKALAN AIR SOKONGAN TIDAK KEKAL UNTUK PREMIS

Tuaian hujan (tidak berfungsi jika kemarau panjang terjadi).

Takungan air (mampu bertahan untuk tempoh yang singkat).

Lori bantuan air (bekalan tidak konsisten).

Dari sumber air permukaan seperti kolam, sungai atau tasik (sumber dipengaruhi faktor kemarau dan pencemaran).

 

CONTOH BEKALAN AIR SOKONGAN KEKAL UNTUK PREMIS

Sumber air permukaan dengan wujudnya air imbuhan (permis mempunyai WATERCENTRE dengan sokongan air mentah dari sumber air permukaan seperti tasik atau sungai yang berkeadaan baik).

Sumber air tanah (permis dengan WATERCENTRE mempunyai sumber air yang kekal, bersih, kurang rawatan, tiada kesan pada persekitaran seperti tanah mendap dll. Dengan unit EF System di dalam WATERCENTRE air terhasil akan jadi terawat .

Bagi memastikan sumber air sokongan sentiasa ada terutama ketika sumber air terawat dari kerajaan berada pada tahap paling kritikal maka konsep sokongan air tidak kekal patut diketepikan dan konsep sokongan air kekal adalah terbaik. WATERCENTRE perlu di permis anda sebagai bekalan air sokongan kerana ia menghasilkan air yang bersih, terawat dan kekal untuk tempoh yang panjang.

KERTAS CADANGAN WATERCENTRE DI PREMIS ANDA

Proposal GW 24072023-Rev01.pdf

HUBUNGI KAMI DI 011-15654475