GROUNDWATER QUALITY MONITORING
PEMATUHAN KEPADA AKTA KUALITI ALAM SEKELILING DAN GARIS PANDUAN PEMBINAAN STESEN PENGAWASAN KUALITI AIR TANAH ALAM SEKITAR DI MALAYSIA
STESEN PENGAWASAN KUALITI AIR TANAH (SPeKAT)
PEMATUHAN MENGIKUT;
1. SEKSYEN (3) (G) DAN (I) AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 (AKTA 127)
2. JADUAL PERTAMA AKTIVITI 21, PERINTAH KUALITI ALAM SEKITAR (AKTIVITI YANG DITETAPKAN) (PENILAIAN KESAN ALAM SEKITAR) 2015
3. GARIS PANDUAN BAGI PEMBINAAN STESEN PENGAWASAN KUALITI AIR TANAH DI MALAYSIA
SPeKAT
KAJIAN KESESUAIAN TAPAK
Video berdurasi 10 minit ini disediakan untuk Jabatan Alam Sekitar sebagai salah satu kandungan untuk laporan akhir projek
PENGENALAN
Pencemaran alam sekitar adalah isu semasa yang memerlukan perhatian serius dari semua pihak. Pencemaran sungai oleh industri menyebabkan ada kilang sawit yang terpaksa diarahkan tutup. Isu pencemaran udara menyebabkan situasi panik di Pasir Gudang. Terdapat juga industri yang terbukti mencemarkan air tanah dan kawasan sekelilingnya dan pencemaran ini sebahagiannya dapat dikesan oleh stesen pengawasan kualiti air tanah di kawasan berkenaan.
Isu alam sekitar ini memberikan tekanan berterusan kepada pihak berkuasa tempatan dan badan-badan yang terlibat dengan sumber air dan pengawasan kualiti air. Satu tindakan drastik mula dilaksanakan agar semua pihak terlibat dan berkepentingan tahu bila dan bagaimana tindakan susulan perlu diambil. Pencemaran udara dan sungai adalah isu yang masih boleh diperbaiki/dibaikpulih berbanding pencemaran air tanah yang bersifat hampir kekal. Mewajibkan industri yang berpotensi mencemar air tanah untuk mempunyai Stesen Pengawasan Kualiti Air Tanah (SPeKAT) nampak jelas akan dimasukkan di dalam syarat permohonan baru/memperbaharui lesen dari pihak berkuasa tempatan mahupun pihak lain yang berwajib.
Ia merupakan langkah paling positif di mana;
1. Pihak industri mempunyai stesen pengawasan yang dibina mematuhi standard Jabatan Alam Sekitar. Ia menjadi indikasi jika pencemaran terjadi atau pencemaran luar memasuki kawasan mereka; dan
2. Pihak berwajip mempunyai maklumat yang jelas/tepat dan mudah mengecilkan skop carian jika pencemaran terjadi pada air tanah dan air permukaan.
SPeKAT
SPeKAT adalah singkatan kepada STESEN PENGAWASAN KUALITI AIR TANAH iaitu telaga kecil diameter 50mm yang dibina mengikut standard Jabatan Alam Sekitar untuk mengawasi kualiti air tanah.
AIR TANAH
Secara am air tanah adalah air yang terdapat di dalam tanah, pencemaran air tanah merujuk kepada pencemaran dari aktiviti di atas permukaan tanah yang memasuki sistem air tanah. Air tanah juga kerap panggilan Air Bawah Tanah atau Air Bumi.
Industri Berpotensi Mencemarkan Air Tanah
Sebarang industri apabila bahan mentah atau bahan hasilan akhir apabila tertumpah boleh mencemarkan air tanah. Ia juga bermaksud aktiviti semasa di kawasan industri yang boleh mencemarkan air tanah seperti kewujudan bengkel membaiki kenderaan, kemudahan isian minyak kenderaan atau tangki simpanan. Industri masih dikira berpotensi mencemar air tanah walaupun kawasan industri/bahan merbahaya ditempatkan di kawasan dengan lantai konkrit, dinding konkrit atau yang bersamaan.
SPeKAT, Akta Kualiti Alam Sekeliling Dan Garispanduan
Berdasarkan Akta dan Garis Panduan, industri (sedia ada dan yang baru) yang berpotensi mencemarkan air tanah perlu membina satu sistem pengawasan kualiti air tanah yang disebut SPeKAT.
PEMBINAAN SPeKAT
Ia dibina di kawasan industri yang berpotensi untuk mencemarkan air tanah. SPeKAT membolehkan kilang mengawasi sebarang perubahan pada kualiti air tanah yang mungkin berpunca dari aktiviti industri seperti dari tumpahan bahan mentah, bahan akhir atau aktiviti lain di dalam kilang.
FAEDAH SPeKAT
Pihak industri dapat mengawasi sebarang pencemaran yang menyusup masuk atau keluar kawasan industri/kilang mereka. SPeKAT juga membolehkan Jabatan Alam Sekitar mengawasi sebarang pencemaran pada permukaan yang memasuki sistem air tanah yang mungkin memudaratkan bekalan air mentah negara.
TURUTAN PEMBINAAN SPeKAT
SPeKAT - DIMANA PERLU DIBINA
DIMANAKAH SPeKAT PERLU DIBINA?
Minimum dua (2) unit SPeKAT perlu dibina di kawasan industri yang berpotensi mencemarkan air tanah.
Jumlah SPeKAT bergantung kepada keluasan kawasan industri.
Jumlah SPeKAT juga ditentukan berdasarkan kepada kajian awal yang dijalankan.
Merujuk kepada arah pergerakan air tanah, SPeKAT diletakkan sekurang-kurangnya Satu (1) unit di bahagian ‘up-stream’ industri dan Satu (1) unit lagi di bahagian ‘down-stream’.
Jumlah dan lokasi SPeKAT juga bergantung kepada topografi kawasan industri. Untuk kawasan industri/kilang yang mendatar ia akan mempunyai jumlah SPeKAT yang lebih berbanding dengan kawasan yang beralun atau berkecerunan.
SPeKAT vs INDUSTRI
Terbinanya SPeKAT di industri bererti anda telah mematuhi satu (1) dari tiga (3) perkara berkaitan isu kualiti alam sekeliling iaitu pengawasan kualiti air tanah. Binalah SPeKAT mengikut spesifikasi Jabatan Alam Sekitar, data kualiti air tanah anda tidak boleh diragui atau dipertikaikan dan anda telah patuh kepada peraturan.
SKOP SPeKAT YANG PERLU DIPATUHI
Industri perlu melantik kontraktor SPeKAT yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar. Kontraktor akan menjalankan;
Kajian awal dan kajian di kawasan industri/kilang anda,
Menentukan jumlah dan lokasi SPeKAT yang sesuai,
membina SPeKAT mengikut Standard Jabatan Alam Sekitar dan
Menyediakan Laporan Lengkap
STRUKTUR LUARAN SPeKAT
Setiap stesen pengawasan kualiti air tanah yang dibina mengikut standard Jabatan Alam Sekitar akan dilengkapi dengan;
Papan tanda pengenalan telaga yang mengandungi butiran telaga; dan
Struktur luaran yang kukuh yang mampu melindungi dalaman telaga
STRUKTUR DALAMAN SPeKAT
Keputusan analisis kualiti air tanah berkait langsung dengan bahan binaan dalaman telaga. Menggunakan bahan yang tidak mengikut standard menyebabkan keputusan analisis sampel boleh dipertikaikan
KAJIAN AWAL DAN SELEPAS PEMBINAAN STESEN
CADANGAN PEMBINAAN SPeKAT UNTUK INDUSTRI-INDUSTRI BERKAITAN DI MALAYSIA
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN STESEN PENGAWASAN KUALITI AIR TANAH (SPeKAT) JABATAN ALAM SEKITAR 1/2020
Untuk pertanyaan berkaitan pembinaan Stesen Pengawasan Kualiti Air Tanah (SPeKAT) di kawasan anda, kos projek, spesifikasi dan pematuhan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS/DOE), penyelenggaraan stesen, kerja persampelan atau perkara lain yang berkaitan, sila hubungi
RAZIP BIN ISMAIL
011-1565 4475
razip@rbikonsult.com
Sebutharga pembinaan SPeKAT akan disediakan jika beberapa maklumat seperti di bawah diketahui;
1. Lokasi kilang;
2. Telah berapa lama kilang beroperasi; dan
3. Keluasan kawasan kilang
Borang senarai semak pematuhan SPeKAT yang telah dibina mengikut spesifikasi ditetapkan (QA/QC); dan
Peralatan untuk JAS memeriksa dalaman SPeKAT (down the hole camera) akan disediakan oleh pihak kami tanpa sebarang kos tambahan