PRODUCTION WELL
BAGAIMANA MENENTUKAN PRODUKTIVITI TELAGA AIR TANAH
1 - KAJIAN GEOFIZIK
Kajian keberintangan elektrik [Resistiviti] akan dijalankan. Sebelum penggerudian dijalankan, kajian geofizik ini akan dijalankan di kawasan premis bagi memastikan wujudnya sumber air tanah yang mencukupi dan berkualiti (bukan air masin). Sebahagian besar kawasan di Malaysia sebagai contoh kawasan di Shah Alam, Bangi, Klang dan Petaling Jaya telah diketahui keproduktifannya.
KAJIAN GEOFIZIK - KAEDAH PENGIMEJAN KEBERINTANGAN
2 - KAJIAN AWAL
Kajian ini merujuk kepada lawatan ke tapak cadangan WaterCENTRE bagi menilai sifat geologi. Mengumpulkan maklumat berkaitan dari laporan terdahulu.
KAJIAN AWAL MENGENALPASTI JENIS TANAH/BATUAN KAWASAN BERKAITAN DAN KUALITI AIR TANAH BERDASARKAN SAMPEL ‘IN-SITU’ ATAU DATA SEDIA ADA
3 - UJIAN ‘AIR LIFT’ DAN UJIAN LUAHAN
Kajian awal dijalankan dan jika didapati premis berpotensi menghasilkan air tanah maka pihak anda akan diberitahu dan dengan kebenaran barulah kerja-kerja penggerudian dimulakan.
Semasa kerja penggerudian sedang dijalankan, ujian ‘Air Lift’ dilakukan pada kedalaman tertentu bagi menentukan secara kasar kadar luahan air tanah. Ujian ini biasanya dijalankan pada kawasan atau zon yang mempunyai potensi air tanah yang tinggi. Ujian ini akan menjadi panduan sam ada kerja penggerudian perlu diteruskan atau tidak.
UJIAN AIR LIFT TEST SEDANG DIJALANKAN
Di dalam kes tertentu di mana kajian awal dan penggerudian telah dijalankan tetapi sumber air tidak ditemui (kurang berpotensi) maka pihak anda hanya perlu membuat pembayaran wajib iaitu melibatkan kos mobilasi. Kebiasaannya kadar luahan adalah tinggi dan kerja penggerudian akan diteruskan sehinggalah keputusan ujian ‘Air Lift’ memberikan nilai luahan air tanah melebihi jumlah keperluan sebenar. Rajah dan jadual di bawah ini menunjukkan senarai sebahagian institusi dan kilang yang menggunakan air tanah di Selangor.
UJIAN LUAHAN SEDANG DIJALANKAN
KERJA PENGGERUDIAN
Kerja penggerudian yang akan dijalankan untuk membina WaterCENTRE di kawasan anda adalah dengan menggunakan mesin gerudi.
Proses penggerudian telaga diterangkan secara ringkas di bawah.
Kerja penggerudian adalah dengan menggunakan kaedah putaran (rotary drilling) iaitu dengan memasukkan ‘casing’ sementara berdiameter 8 inci sehingga 12 inci di kawasan lembut (lapisan tanah).
Apabila bertemu dengan lapisan yang terdiri dari batuan atau batuan pecah maka kaedah penggerudian akan ditukar ke kaedah lain iaitu menggunakan ‘down-hole hammer’.
Semasa penggerudian, sampel batuan, tanah dan air yang dibawa naik akan diambil dan seterusnya jenis litologi tanah/batuan digerudi dicatatkan di dalam Laporan Kerja Penggerudian.
KERJA PENGGERUDIAN
SEMASA PENGGERUDIAN SAMPEL TANAH DAN BATUAN DIKUTIP UNTUK DIKENALPASTI
UJIAN KUANTITI AIR TANAH DI LAPANGAN
Laporan kerja penggerudian mengandungi maklumat seperti sifat utama batuan, kedalaman dan ketebalan kawasan rekahan batuan iaitu kawasan berpotensi untuk sumber air tanah. Laporan Kerja Penggerudian juga mengandungi maklumat seperti pada kedalaman mana ujian ‘Air Lift’ dijalankan.
Log gerudi juga mengandungi maklumat seperti kadar pengepaman/luahan dan nilai kadar luahan ini akan meningkat merujuk kepada tahap kedalaman. Penggerudian akan dihentikan apabila nilai kadar luahan melebihi keperluan. Seterusnya ujian luahan dijalankan dan kadar luahan air tanah yang lebih tepat akan diketahui. Selain dari itu kedalaman aras air tanah statik juga dicatatkan.
UJIAN LUAHAN DIJALANKAN BAGI MENENTUKAN KADAR LUAHAN AIR SELAMAT
UJIAN KUALITI AIR DI LAPANGAN DIJALANKAN BAGI MENILAI KEMASINAN DAN KEKERUHAN AIR
Selepas kerja penggerudian dan ujian luahan selesai dijalankan, PVC skrin akan dimasukkan ke dalam ‘casing’ sementara. Diameter, saiz slot skrin dan kedalaman skrin perlu ditentukan terlebih dahulu.
Struktur luaran untuk telaga akan disiapkan. Sebuah pam selam berkapasiti tinggi akan diletakkan di dalam telaga. Lapisan pasir (media penapis) akan diletakkan di ruangan kosong di antara skrin dan lubang gerudi bertindak sebagai penapis kekotoran. Seterusnya kerja pembangunan dalaman telaga (mencuci telaga) akan dijalankan. Sampel air akan di analisis dan proses menyiapkan papan suis dan pemasangan paip ke tangki imbangan industri akan dijalankan.
ANGGARAN TURUTAN KERJA DAN TEMPOH KERJA PENGGERUDIAN
KERTAS CADANGAN MEMBANGUNKAN WATERCENTRE DI PREMIS ANDA
HUBUNGI KAMI DI 011 1565 4475 JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN